Posts

POKOK BUNGA JANDA KAYA

Image
Credit: Pinterest NAMA SAINTIFIK:   Mussaenda erythrophylla Sifat pokok ini yang berbunga lebat sepanjang tahun.  Pokoknya sederhana besar dan batangnya pula sederhana keras. Pokok ini menjadi rimbun jika dahannya selalu dipangkas. Bunganya pula ada pelbagai saiz dan warna sama ada kecil berwarna merah, bunga lebar merah jambu atau saiz sederhana berwarna putih. CARA PEMBIAKAN :  Keratan batang atau Tut Pertama sekali, kita kenalah memilih dahan pokok induk yang sihat serta pastikan ukuran diameternya lebih kurang 1cm. Sekiranya terdapat tunas atau ranting kecil pada bahagian yang hendak dilakukan tut, seeloknya dibuang terlebih dahulu bahagian tersebut supaya tidak mengganggu pembentukan akar. Kemudian, buat dua kelaran atas bawah mengelilingi dahan pada jarak 2 – 5cm menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Setelah dikelar, kupas dan kikis lapisan kambium atau lapisan hijau pada bahagian kulit tersebut sehingga menampakkan lapisan keputihan. Ianya bertujuan untuk mengelakkan bahagian

POKOK BUNGA TAPAK KUDA

Image
Credit: Pinterest NAMA SAINTIFIK :  Bauhinia purpurea  Bunga-bunga ini muncul di atas pokok dari September hingga November dan merupakan pemandangan yang indah untuk dilihat, menghasilkan percikan warna yang jelas dalam landskap musim luruh. Anehnya, warna bunga sangat berbeza. CARA PEMBIAKAN Menyediakan biji benih . Biji benih ini perlu direndamkan dalam air selama 3 - 5 minit untuk memisahkan biji benih yang baik dengan yang tidak baik. Jika ada benih yang terapung, segera keluarkan dari bekas kerana ia tidak berkualiti. Teruskan merendam benih yang terendam sehingga 7-12 jam, supaya proses benih berhenti dan ia boleh bercambah dengan lebih mudah. Proses penyemaian biji benih boleh dijalankan. Median anak benih boleh disediakan melalui campuran tanah, pasir, dan kompos dalam nisbah 1:1:1. Alternatif lain ialah menggunakan gabungan humus dan baja dengan komposisi 2:1. Lubang di bahagian bawah bekas untuk peredaran air yang lancar. Isi bekas dengan media anak benih sehingga 3/4 pot  Se

POKOK BUNGA ROS JEPUN

Image
Credit : Google image  NAMA SAINTIFIK :  Portulaca Grandiflora Ros jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. terdapat pelbagai warna ros jepun antaranya merah jambu, merah terang, putih , kuning, ungu dan oren. terdapat juga jenis yang mempunyai campuran warna seperti merah jambu dan putih. NAMA LAIN :  Bunga Kembang Petang/  Bunga Pukul Sepuluh CARA PEMBIAKAN Melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. M engambil masa seminggu dari tempoh semaian untuk mengeluarkan bunga.  Bunganya pula akan mengembang dari jam 9.30 pagi hingga 3 petang bergantung pada keadaan cuaca. CARA PENJAGAAN - Diletakkan di tempat cahaya matahari -  Baja sekali seminggu atau 2 kali seminggu VIDEO RUJUKAN Cara Penanaman Pokok Bunga Ros Jepun Cara Penjagaan Pokok Bunga Ros Jepun RUJUKAN ( gambar/link) Bunga Ros Jepun Cara Tanam Ros Jepun Dari Keratan Batang

POKOK HEMIGRAPHIS

Image
Captured by Darwisyah at Nature Flora Garden Centre, Skudai NAMA SAINTIFIK:  HemigraphisColorata CARA PEMBIAKAN Potong keratan sepanjang 7-10 cm, lepaskan dua daun yang lebih rendah, dan masukkan ke dalam segelas air @ didalam bekas kecil di tanah lembab . Seterusnya boleh menanam keratan di tanah apabila akarnya tumbuh sekitar 4 cm. CARA PENJAGAAN Suhu: Gemigraphis bersifat termofilik, pada musim panas ia tumbuh pada suhu bilik biasa, kira-kira 20-25 ° C, tidak menyukai haba dan kekenyangan - bilik yang ditutup dengan pengudaraan yang lemah apabila suhu melebihi 30 ° C. Penurunan suhu pada waktu malam tidak diingini di bawah 15 ° C. Pada musim sejuk, seperti semua acanthus, ia lebih suka kandungan yang sedikit lebih sejuk pada suhu 17-18 ° C, sekurang-kurangnya 14 ° C Penyiraman: Berlimpah dalam tempoh pertumbuhan aktif - tanah semestinya mempunyai masa untuk mengering di bahagian atas periuk, tetapi tidak kering sepenuhnya. Pada musim sejuk, penyiraman sederhana, 2-3 hari selepas lap

POKOK BUNGA PETREA

Image
Credit: Pinterest NAMA SAINTIFIK :  Petrea Uolubilis Tanaman ini mampu tumbuh dengan sempurna, baik di dataran rendah maupun dataran tinggi.  Menghasilkan bunga ungu, ungu keputihan, atau kadang kala berwarna biru yang menyerupai bentuk bintang. CARA PEMBIAKAN Keratan batang dan semaian bijih benih CARA PENJAGAAN 1. Tumbuh di tanah yang kaya dengan bahan organik, dengan saliran yang baik 2. M esti disiram sekitar 4 kali seminggu pada musim panas, dan sekitar 2 minggu sepanjang tahun 3. M esti berada di luar, di bawah sinar matahari penuh atau di bawah naungan. VIDEO RUJUKAN RUJUKAN ( gambar/link) https://www.jardineriaon.com/ms/berbatu.html https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/1/4/1471

POKOK BUNGA KERTAS

Image
Captured by Darwisyah, C13, Sekolah Pendidikan NAMA SAINTIFIK : Bougainvillea CARA PEMBIAKKAN Potong bahagia berkeras. Pastikan pisau yang digunakan tajam. Potong bahagian bawah batang secara 45 darjah atau pun serong.  Isikan medium tanaman ke dala pasu kecil.  Celupkan bahagian yang telah dipotong ke dalam hormon penggalak akar. Cucukkan keratan ke dalam tanah lebih kurang 2 hingga 3 inci di tengah pasu. Kemaskan tanah supaya struktur tanah lebih kukuh dengan panjang batang. Siramkan pasu dengan air.  Permuluaan tanaman elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus.  Siram secara konsisten. Pokok ini mengambil masa 6 hingga 12 minggu CARA PENJAGAAN Pada permulaan tanaman elakkan dari terkena cahaya matahari secara terus.  Siram secara konsisten.  Pokok ini mengambil masa 6 hingga 12 minggu untuk akar mula tumbuh dengan baik. Pokok boleh dipindahkan ke tempat yang mendapat sinaran terus bagi proses pembungaan yang maksimum.  VIDEO RUJUKAN RUJUKAN  http://www.encikshino.com/cara-me

POKOK BUNGA SERI PAGI

Image
  Credit Pinterest NAMA SAINTIFIK :  Turbina corymbosa Kebanyakan bunga seri pagi kembang sepenuhnya pada waktu pagi dan memerlukan cahaya matahari sepanjang hari. Namun ada juga bunga jenis ini,  yang kembang pada waktu malam. CARA PEMBIAKAN Biji benih dan keratan batang CARA PENJAGAAN 1. Supaya lebih cepat bercambah, biji benih (yang dibeli) hendaklah direndam di dalam air suam semalaman sebelum disemai. 2. Sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai penerimaan cahaya matahari yang banyak dan tanah yang sederhana subur 3. Memerlukan air yang mencukupi 4.  Kaedah semaian yang kerap dipraktikkan untuk biji benih  adalah secara semaian terus (direct-sowing) di tapak ianya ingin tumbuh tanpa perlu proses pemindahan. 5.  Semai biji benihnya ke dalam tanah sedalam 1cm VIDEO RUJUKAN RUJUKAN ( gambar/link) https://www.britannica.com/plant/ololiuqui