POKOK BUNGA JANDA KAYA
Credit: Pinterest
NAMA SAINTIFIK: Mussaenda erythrophylla
Sifat pokok ini yang berbunga lebat sepanjang tahun. Pokoknya sederhana besar dan batangnya pula sederhana keras. Pokok ini menjadi rimbun jika dahannya selalu dipangkas. Bunganya pula ada pelbagai saiz dan warna sama ada kecil berwarna merah, bunga lebar merah jambu atau saiz sederhana berwarna putih.
CARA PEMBIAKAN: Keratan batang atau Tut
- Pertama sekali, kita kenalah memilih dahan pokok induk yang sihat serta pastikan ukuran diameternya lebih kurang 1cm. Sekiranya terdapat tunas atau ranting kecil pada bahagian yang hendak dilakukan tut, seeloknya dibuang terlebih dahulu bahagian tersebut supaya tidak mengganggu pembentukan akar.
- Kemudian, buat dua kelaran atas bawah mengelilingi dahan pada jarak 2 – 5cm menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Setelah dikelar, kupas dan kikis lapisan kambium atau lapisan hijau pada bahagian kulit tersebut sehingga menampakkan lapisan keputihan. Ianya bertujuan untuk mengelakkan bahagian kulit itu bercantum semula yang boleh menyebabkan tidak berlaku pertumbuhan akar.
- Seterusnya, sapukan hormon pengakaran pada bahagian kelaran tersebut bagi meransang pembentukan akar.
- Sediakan campuran tanah, pasir dan hampas kelapa ataupun cocopeat sebagai medium tut. Pastikan medium tadi dalam keadaan lembab.
- Lalu, medium yang dihasilkan kemudian dibentuk seperti bebola dan dilekapkan pada bahagian kikisan tadi.
- Selepas itu, balut bahagian yang ditut tersebut dengan plastik lut sinar dan diikat pada bahagian hujungnya samada dengan tali raffia ataupun cable tie.
- Biarkan dahan yang ditut itu sehingga pertumbuhan akar tampak jelas melalui plastik lutsinar tersebut. Akhir sekali, kerat bahagian itu dan boleh ditanam serta-merta dalam polibag atau terus pada tanah untuk penjagaan.
CARA PENJAGAAN
Pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh, suhu panas dan lembap, tanah gemburberpasir dan tidak bertakung air serta air yang sederhana
VIDEO RUJUKAN
RUJUKAN
http://fazlisyam.com/pokok-janda-kaya/
https://mediapermata.com.bn/pokok-janda-kaya-sentiasa-berbunga-lebat/
Comments
Post a Comment