POKOK BUNGA JANDA KAYA
Credit: Pinterest NAMA SAINTIFIK: Mussaenda erythrophylla Sifat pokok ini yang berbunga lebat sepanjang tahun. Pokoknya sederhana besar dan batangnya pula sederhana keras. Pokok ini menjadi rimbun jika dahannya selalu dipangkas. Bunganya pula ada pelbagai saiz dan warna sama ada kecil berwarna merah, bunga lebar merah jambu atau saiz sederhana berwarna putih. CARA PEMBIAKAN : Keratan batang atau Tut Pertama sekali, kita kenalah memilih dahan pokok induk yang sihat serta pastikan ukuran diameternya lebih kurang 1cm. Sekiranya terdapat tunas atau ranting kecil pada bahagian yang hendak dilakukan tut, seeloknya dibuang terlebih dahulu bahagian tersebut supaya tidak mengganggu pembentukan akar. Kemudian, buat dua kelaran atas bawah mengelilingi dahan pada jarak 2 – 5cm menggunakan pisau yang tajam dan bersih. Setelah dikelar, kupas dan kikis lapisan kambium atau lapisan hijau pada bahagian kulit tersebut sehingga menampakkan lapisan keputihan. Ianya bertujuan untuk mengelakkan bahagian